ARTIKEL

Dua pelajar China didenda cuba ambil tumbuhan, haiwan dari Taman Negara Bako

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Dua pelajar asing dari China masing-masing dijatuhi hukuman denda RM9,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana memiliki bahan-bahan dengan niat untuk mengambil haiwan atau tumbuhan, melepaskan hidupan liar asing dan mengeluarkan mana-mana hidupan dan tumbuhan liar di Taman Negara Bako tanpa kebenaran.

Zhu Sukai,18, Yu Jiashu, 21, masing-masing menuntut di unversiti negara China dalam bidang pertanian mengaku bersalah sebaik sahaja tiga pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Musli Abdul Hamid.

Mengikut pertuduhan pertama, mereka secara bersama memiliki bahan-bahan untuk menyimpan, mengambil dan menangkap haiwan hidupan liar atau tumbuhan liar tanpa kebenaran Pegawal Taman Negara.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa di bawah Seksyen 26(b) Ordinan Taman Negara dan Rizab Alam Semula Jadi 1998 (Bab 27) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 32(a) dan 31 Ordinan Taman Negara dan Rizab Asli 1998 (Bab 27) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Manakala pertuduhan kedua, mereka secara bersama didakwa mengikut Seksyen 26(e) Ordinan Taman Negara dan Rizab Semula Jadi 1998 (Bab 27) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 32(a) dan 31 Taman Negara dan Rizab Alam Semula Jadi Ordinan 1998 (Bab 27) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan (Akta 574) kerana melepaskan haiwan liar asing ke dalam taman negara yang sama tanpa kebenaran.

Bagi pertuduhan ketiga, mereka didakwa cuba mengeluarkan mana-mana hidupan dan tumbuhan liar tanpa kebenaran sama ada haiwan hidup atau yang telah mati.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 26(f) Ordinan Taman Negara dan Rizab Alam Semula Jadi 1998 (Bab 27) dibaca bersama seksyen 34 dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 32(a) dan 31 Ordinan Taman Negara dan Rizab Asli 1998 (Bab 27).

Kesemua kesalahan tersebut dilakukan mereka pada 21 September lalu, kira-kira jam 2.01 petang di Taman Negara Bako di sini.

Musli menjatuhkan hukuman denda RM3,000 atau penjara dua bulan bagi setiap pertuduhan yang dihadapi mereka.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SFC Arvin Khan manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

LAIN-LAIN BERITA

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais

IPD Kuching akan perkenal platform e-aduan

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching akan memperkenalkan platform e-aduan untuk memudahkan masyarakat menyampaikan aduan jenayah secara dalam talian kepada pihaknya. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais