ARTIKEL

Gambar hiasan

Dua pelajar perempuan ditemui maut di kawasan flat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH: Dua pelajar perempuan berusia 14 tahun ditemukan meninggal dunia di kawasan Flat Sungai Pari di sini, petang semalam.

Polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada sebelah petang dan siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa dipercayai meninggalkan kawasan sekolah secara sukarela sebelum ditemukan tidak sedarkan diri di lokasi kejadian serta disahkan meninggal dunia.

Siasatan setakat ini tidak menemukan sebarang petunjuk yang menunjukkan penglibatan pihak lain, namun punca sebenar kematian masih menunggu keputusan laporan bedah siasat dan analisis forensik seperti dilapor Bernama.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Gerakan Polis Daerah Ipoh atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

Pada masa sama, polis merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta menasihatkan orang ramai agar menghormati privasi keluarga dan tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU