Dua pelancong Eropah dikhuatiri hilang

KUCHING: Dua pelancong lelaki warganegara Eropah dikhuatiri hilang ketika melawat ke Pusat Hidupan Liar Semenggok, hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, kedua-dua mangsa telah disahkan masuk ke pusat tersebut sekitar jam 8 pagi tadi namun tidak keluar selepas tamat waktu lawatan pada jam 4.30 petang.

Katanya, kedua-dua mangsa pada awalnya telah mencetuskan insiden pentengkaran bersama pekerja di situ selepas bertindak masuk tanpa memiliki tiket kemasukan pusat terbabit.

“Hasil maklumat yang diterima, mangsa sebelumnya marah kerana tidak dibenarkan masuk namun mereka berjaya membeli tiket setelah menerima wang daripada pelancong lain yang berada di kaunter Pusat Hidupan Liar Semenggok.

“Mereka (mangsa) seterusnya tidak memberikan kerjasama kepada pihak kaunter pusat dengan memasuki pusat tanpa menulis nama di buku kemasukan,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan kejadian, seramai enam anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Siburan bersama pasukan K9 kini dalam operasi mencari mangsa di sekitar lokasi kejadian.

Suara Sarawak