Trending

Dua pemaju diperintah jelaskan LAD kepada pembeli

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Tribunal rumah: Presiden TTPRS Trabawan Mandi(tengah) bersama dua Ahli Panel Ahli Panel iaitu Robert Elone Sireng(kiri) dan Simon Woon Ta Meng(kanan).

KUCHING: Mahkamah Tribunal Tuntutan Pembelian Rumah Sarawak (TTPRS) memerintahkan dua syarikat pemaju menjelaskan Denda Lewat Penyerahan Rumah (LAD) berjumlah RM26,153.53 kepada pembeli.

Presiden TTPRS Trabawan Mandi berkata, tuntutan itu hendaklah dilangsaikan dalam tempoh 45 hari.

“Terdapat enam kes dituntut terhadap tiga pemaju, dengan empat kes melibatkan LAD dan dua kes kecacatan serta tidak mematuhi spesifikasi.

“Namun terdapat satu kes pihak penuntut mendapat kosong tuntutan bagi tuntutan denda lewat dalam tempoh 102 hari kerana ditolak akibat Pandemik Covid-19.

“Bagaimanapun, penuntut dapat menuntut bagi kes kecacatan tidak mematuhi spesifikasi dan kita memerintahkan pemaju untuk memperbetulkannya dalam tempoh 45 hari,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Sesi Pendengaran Kes Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah Sarawak(TTPRS) di Mahkamah TTPRS di sini, hari ini.

Sementara itu, Ahli Panel Robert Elone Sireng berkata, dalam tempoh 90 hari jika mana-mana penuntut tidak berpuas hati boleh membawa kes terbabit ke Mahkamah Tinggi.

Sementara itu, tiga syarikat terbabit ialah Multi Heng Development Sdn Bhd (kes LAD), Masama Sdn Bhd (LAD dan tuntutan) dan GKS Development Sdn Bhd (tuntutan tidak mematuhi spesifikasi).

Pendengaran kes dipengerusikan oleh Presiden TTPRS Trabawan Mandi serta dua Ahli Panel iaitu Robert Elone Sireng dan Simon Woon Ta Meng.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru