ARTIKEL

OP Mabuk dilaksanakan sekitar kawasan Kota Samarahan | Facebook JSPT

Dua pemandu di bawah pengaruh alkohol dalam OP Mabuk

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KOTA SAMARAHAN: Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah mengenal pasti dua orang pemandu positif alkohol melebihi had yang ditetapkan dalam OP Mabuk, semalam (Selasa).

Menurut kenyataan yang dimuat naik ke dalam lama Facebook BSPTD, operasi berkenaan telah memeriksa lima orang pemandu menggunakan alat SDII+ semasa saringan awal.

“Manakala, ujian pernafasan menggunakan alat EBA II telah mendapati dua pemandu positif alkohol semasa pemeriksaan,” katanya.

Sehubungan itu jelasnya, kesalahan tersebut termaktub di bawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

Denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun serta hilang kelayakan lesen sehingga lima tahun boleh dikenakan jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak (JSPT) Kontinjen Sarawak mengingatkan para pemandu agar mematuhi undang-undang jalan raya berkenaan isu berkenaan.

“Tindakan tegas bakal dikenakan tanpa kompromi sekiranya didapati memandu dalam pengaruh alkohol,” ringkasnya.

BERITA LAIN

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi

ADUN Repok lawat dua pesakit warga emas

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii melawat dua warga emas yang terlantar sakit di kediaman mereka, pada Khamis.

Pesta Beras Adan 2024 di Ba’Kelalan

LAWAS: Ba’Kelalan mempunyai potensi besar untuk dipasarkan dan dipromosikan sebagai destinasi pelancongan ekologi. Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal berkata demikian susulan pelbagai

BERITA TERBARU

Kenangan raya terkurung, terkejut

JIKA ditanya mengenai tempoh paling menyeronokkan menyambut Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti kebanyakan kita akan memilih zaman kanak-kanak. Apa tidaknya, ketika itu kita tidak perlu