ARTIKEL

Dua pemandu diuji menggunakan alat SDII+ sebelum menjalani ujian pernafasan menggunakan alat EBA II.

Dua pemandu ditahan memandu di bawah pengaruh alkohol

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua pemandu ditahan kerana didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Operasi Mabuk di Jalan Laksamana Cheng Ho, di sini.

Operasi dijalankan sepasukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuching terdiri daripada seorang pegawai kanan dan 11 anggota trafik, bermula jam 11 malam Sabtu sehingga jam 2 pagi, Ahad.

Menurut Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, dua pemandu terbabit telah diuji menggunakan alat SDII+.

“Seterusnya, bagi ujian pernafasan menggunakan alat EBA II didapati dua orang pemandu tersebut positif kandungan alkohol yang melebihi had yang ditetapkan semasa pemeriksaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kesalahan ini termaktub di bawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

Katanya, kesalahan tersebut memperuntukkan denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak melebihi dari lima tahun serta hilang kelayakan lesen sehingga lima tahun.

BERITA LAIN

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri