ARTIKEL

ABADI KENANGAN...Razak Hashim (kiri) dan Mieor Azrain Jemaain (kanan) ketika berada di Stadium Old Trafford.

Dua peminat MU Sarawak bertuah terpilih ke Stadium Old Trafford

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua orang peminat pasukan Manchester United dari Sarawak, Razak Hashim dan Mieor Azrain Jemaain antara yang cukup bertuah apabila berpeluang menyaksikan perlawanan dua gergasi hebat di pentas saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Manchester United dan Liverpool pada Ahad ini.

Razak dan Mieor Azrain merupakan pemenang bagi cabutan bertuah yang dianjur Kelab Penyokong Manchester Malaysia baru-baru ini.

Kedua-duanya yang berangkat pada 3 April lalu sudah pun berada di Kota London bersama rombongan terdiri dari 20 orang yang juga pemenang program berkenaan.

“Cukup teruja apabila mendapat peluang sebegini. Menariknya, saya dan rakan-rakan rombongan yang lain dapat menyaksikan perlawanan dua pasukan hebat di Stadium Old Trafford Ahad ini,” ujar Razak menerusi maklum hantaran komennya di aplikasi Whatsapp kepada Arena Suara Sarawak sebentar tadi.

Bagi Razak, beliau tidak pernah mengimpikan situasi yang dilaluinya ketika ini.

Justeru, menyifatkan peluang dapat menyaksikan perlawanan pasukan Manchester United dan Liverpool Ahad akan tersemat dalam lipatan sejarah hidupnya.

“Memang tidak pernah mengimpikan semua ini, dan apa yang bakal dilalui sepanjang berada Stadium Old Trafford kelak akan terus kekal dalam sanubarinya,” tegas Razak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Harapan Bujang Sarawak ke AJL

LAGU Bujang Sarawak yang dinyanyikan oleh Baby Shima semakin mengukuhkan kedudukan di Muzik-Muzik 39. Kali ini Bujang Sarawak mendapat tempat ketiga dalam undian Muzik-Muzik 39.

Jadikan S’wak hab penerbangan serantau

PEMBANGUNAN di Sarawak dilihat semakin pesat dengan pelan dan rancangan jangka panjang berskala besar. Bukan sahaja dari segi ekonomi tenaga boleh diperbaharui, malah aspek logistik

China konsisten alu-alukan pelaburan asing

BEIJING: Masyarakat antarabangsa semakin yakin akan ekonomi China yang meningkat semula dan berkembang menuju ke arah yang baik sejak awal tahun ini. China mengalu-alukan sektor