Dua penempatan Penan dapat elektrik

MURUM: Beberapa penempatan masyarakat Penan di Ulu Jelalong, Tubau di sini kini menikmati kemudahan bekalan elektrik 24 jam melalui Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar Talian Grid (RES-Last –Mile).

Adun Murum Kennedy Chukpai Ugon berkata, dua penempatan masyarakat Penan yang menerima kemudahan itu ialah Rumah Jusong Peling dan Rumah Talip Punai di Ulu Sungai Kebulu, Jelalong.

“Selain projek RES-Last–Mile yang telah siap disambung di Rumah Jusong Peling, penduduk turut memaklumkan perancangan untuk mendirikan rumah panjang baharu.

“Pembinaan rumah panjang ini akan didirikan di tapak baharu yang berdekatan dengan rumah mereka sekarang ini,” katanya semasa Jelajah Sarawakku Sayang di Ulu Jelalong, Tubau, baru-baru ini.

Bagi Rumah Talip Punai pula, Kennedy menjelaskan projek Tranformasi Luar Bandar (RTP) bagi meratakan tapak rumah panjang baharu telah siap dilaksanakan. “Kini, penduduk kampung sedang giat memasang rangka rumah panjang baharu mereka

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 19 Apr 2021

Suara Sarawak