ARTIKEL

Gambar hiasan

Dua penganggur dipenjara enam bulan terlibat penyalahgunaan dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua penganggur lelaki masing-masing dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini, kerana terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Mohammad Aliff Jamali, 24, dan Mohammad Lukmanhakiem Soekanto Pura, 25, masing-masing mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa memasukkan dadah terlarang jenis Methamphetamine dan Amphetamine ke dalam badannya.

Mohammad Aliff didakwa positif dadah semasa ditahan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuching, sekitar jam 1.55 petang, 6 Mei lepas.

Manakala, Mohammad Lukmanhakiem juga didapati positif dadah semasa ditahan di pejabat yang sama, kira-kira jam 2.25 petang, 6 Mac lepas.

Oleh itu, kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952 (Akta 234) dan dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes,dalam kejadian berasingan, pihak polis dari Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuching telah menahan dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Hasil saringan awal air kencing mereka didapati positif dadah.

Kemudian, laporan sampel urin tertuduh dari Jabatan Patologi Hospital Umum Sarawak turut mengesahkan tertuduh positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

Pegawai Pendakwa ASP Arman Ibrahim memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap kedua-dua tertuduh sebagai pengajaran.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya