ARTIKEL

Dua pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan melakukan khianat dengan membaling bom petrol ke sebuah pusat hiburan di ibu kota, minggu lepas. Pertuduhan terhadap M. Preemraj dan Nor Rahman Sadik, masing-masing berusia 25 tahun dibacakan dihadapan Hakim Hamidah Mohamed Deril. Kedua-dua mereka didakwa bersubahat bersama suspek yang masih bebas membaling empat botol yang dinyalakan dengan api ke arah pintu depan pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng di sini pada 2.17 pagi, 9 Mei lepas sehingga menyebabkan kerugian RM3,000. -foto: BERNAMA

Dua pengawal keselamatan didakwa baling bom petrol ke pusat hiburan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Dua pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan khianat dengan membaling bom petrol ke sebuah pusat hiburan di ibu kota, minggu lepas.

Pertuduhan terhadap M. Preemraj dan Nor Rahman Sadik, masing-masing berusia 25 tahun dibacakan dihadapan Hakim Hamidah Mohamed Deril.

Kedua-dua mereka didakwa bersubahat bersama suspek yang masih bebas membaling empat botol yang dinyalakan dengan api ke arah pintu depan pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng di sini pada 2.17 pagi, 9 Mei lepas sehingga menyebabkan kerugian RM3,000.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Muhairi Mohamed Noh menawarkan jaminan RM15,000 kepada setiap tertuduh dengan seorang penjamin serta syarat tambahan iaitu perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali sehingga kes selesai. 

Peguam M.V. Yoges yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan rendah dengan alasan Preemraj menghidap penyakit sawan selain mengalami kesukaran untuk berjalan akibat terbabit dalam kemalangan tahun lepas manakala bagi Nor Rahman, isterinya kini dalam tempoh berpantang kerana baru melahirkan anak.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM5,000 setiap seorang dengan seorang penjamin serta syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan selain menetapkan 21 Jun ini untuk sebutan semula kes. 

BERNAMA

BERITA LAIN

Buli siber beri kesan serius kepada kehidupan mangsa

BERLIN: Menteri-menteri Dalam Negeri negeri-negeri Persekutuan Jerman sedang meneliti sama ada untuk memperkenalkan kesalahan jenayah berasingan bagi pembulian siber, lapor agensi berita Jerman (dpa). Cadangan

BERITA TERBARU