ARTIKEL

Dua penggangur ditahan miliki syabu 6.8 gram

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Polis menangkap dua orang penggangur disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah di sebuah premis penginapan, Batu 7, semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan Superitendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kedua-dua suspek, lelaki dan perempuan berumur 32 dan 27 ditangkap dalam serbuan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan kira-kira jam 10.05 pagi.

Katanya, pasukan serbuan menemui dadah jenis syabu dianggarkan seberat 6.8 gram bernilai RM680 di atas sebuah rak kecil ketika pemeriksaan.

“Pihak polis merampas satu bekas tin segi empat mengandungi satu plastik lutsinar serdehana besar mengandungi 12 paket lutsinar kecil berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu.

“Turut ditemui satu peket plastik lutsinar sederhana besar yang di dalamnya terdapat tujuh peket plastik lutsinar kecil warna biru juga berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abang Zainal berkata, saringan awal air kencing dijalankan terhadap kedua-dua suspek didapati positif dadah dan mempunyai rekod jenayah lampau.

Beliau memberitahu, hasil siasatan awal dijalankan, suspek lelaki mengaku dadah yang dirampas adalah miliknya dan terlibat dengan pengedaran sejak awal tahun ini.

“Suspek mendedahkan mendapat bekalan syabu secara transaksi bank dengan kekerapan dua kali seminggu,” jelasnya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek ditahan di Balai Polis Kota Samarahan untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

 

BERITA LAIN

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup

BERITA TERBARU

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup