Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Dua peniaga dilepas dan dibebas pertuduhan buat tuntutan palsu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Dua orang peniaga masing-masing dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan membuat tuntutan palsu yang melibatkan perkhidmatan bas sewa.

Tertuduh Ameen Haiqal Lim@ Seng Hock dan Marlina masing-masing membuat pengakuan selepas pertuduhan dibacakan di hadapannya.

Hakim Nixon Kennedy Kumbong memerintahkan demikian apabila mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap setiap tertuduh.

Oleh hal demikian, kedua-dua tertuduh dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri bagi setiap pertuduhan.

Ameen didakwa dua pertuduhan. Pertuduhan pertama ialah dakwaan membuat tuntutan palsu berjumlah RM6,400 yang membabitkan perkhidmatan dua bas sewa untuk acara menembak senjata kecil untuk dua hari program, sedangkan acara terbabit hanya diadakan sehari pada 7 Oktober 2017 menggunakan sebuah bas sahaja.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa membuat tuntutan palsu berjumlah RM9,600 untuk perkhidmatan bas tiga buah bas sewa bagi acara dua hari, namun program berkenaan hanya diadakan sehari dan tiada bas yang disewakan untuk acara terbabit.

Kedua-dua tuntutan terbabit didakwa dilakukannya di Kementerian Pertahanan Malaysia Cawangan Sarawak, Jalan Simpang Tiga di sini, kira-kira jam 9.00 pagi, 9 Oktober 2017.

Sementara tertuduh kedua didakwa mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM6,526.50 pada 9 Oktober 2017 untuk perkhidmatan bas dua hari bagi acara yang sama, sedangkan acara berkenaan diadakan satu hari sahaja.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24, Akta yang sama.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nur Nisla Abdul Latif itu menyaksikan seramai 20 saksi pendakwaan dipanggil untuk memberikan keterangan dalam kes ini.

Sementara itu, kedua-dua tertuduh diwakili peguam Osman Ibrahim, Fadzillah Osman dan Nur Artikah Kulah.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News