ARTIKEL

Aquila Abdul Rahman sarung jersi KL Rovers.

Dua penjaga gol muda Sarawak sarung jersi kelab handalan dalam Liga A1 Semi-Pro 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lembaran baharu bermula buat dua penjaga gol muda kelahiran Sarawak, Aquila Abdul Rahman, 24 dan Elvison Pedari, 22 apabila mereka meneruskan karier masing-masing di pentas kompetitif.

Kedua-dua penjaga gol tersebut dipancing dua kelab berbeza untuk beraksi dalam Liga A1 Semi-Pro 2024.

Aquila Abdul Rahman akan beraksi bersama KL Rovers yang juga naib juara Liga M3 2023.

Manakala itu, Elvison Pedari menyertai pasukan Imigresen FC, juara Liga M3 2023.

Elvison Pedari akan beraksi bersama Imigresen FC.

Aquila antara penjaga gol muda dari Sarawak yang berpengalaman luas selepas beraksi dalam Liga Premier dan Liga Super ketika menyarung jersi Sarawak United dari 2020-2023.

Di samping itu, beliau pernah menyarung jersi skuad Piala Belia (2018-2019) dan bermain untuk pasukan Gedong Gathers FC dalam kempen LBR (2017).

Elvison Pedari pula pernah menyarung jersi skuad Piala Belia (2019-2020) dan Piala Presiden (2021-2022).

BERITA LAIN

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.