Dua penjawat awam rugi RM377,000, mangsa sindiket penipuan

KUCHING: Dua penjawat awam menjadi mangsa penipuan sindiket Macau Scam (Phone Scam) yang dilaporkan di Kuching dan Mukah pada 2 dan 3 Mac lalu, melibatkan kerugian lebih RM377,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak Superintendan Maria Rasid berkata kes pertama dilaporkan pada 2 Mac oleh seorang wanita berumur 36 tahun, yang bertugas di Daerah Bau.

“Jumlah kerugian yang dialami mangsa adalah sebanyak RM241,556,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Manakala, katanya kes kedua dilaporkan di Mukah pada 3 Mac, melibatkan seorang lelaki berusia 57 tahun yang mengalami kerugian sebanyak RM136,000.

……Untuk berita selanjutya dapatkan naskhah Suara Sarawak 4 Mac 2021

Suara Sarawak