ARTIKEL

Dua penunggang wanita maut motosikal terbabas rempuh lori

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOHOR BAHRU: Dua penunggang wanita  maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas sebelum merempuh sebuah lori di Jalan Gunung Pulai dekat Kulai semalam. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Kulai Supt Yusof Othman berkata kemalangan yang dipercayai berpunca daripada keadaan permukaan jalan yang licin berikutan hujan itu berlaku pada pukul 12 tengah hari semalam.

Beliau berkata mangsa berusia 36 tahun yang menunggang Yamaha Y15ZR maut di tempat kejadian, manakala mangsa berusia 38 tahun dan menunggang Yamaha Y16ZR meninggal dunia ketika menerima rawatan.

“Kedua-dua motosikal dibawa mangsa hilang kawalan semasa di selekoh jalan tersebut, sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh lori jenis Volvo tersebut.

Mangsa berusia 36 tahun meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah, manakala mangsa 38 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai,” katanya pada kenyataan.

Yusof bagaimanapun berkata pemandu lori terbabit yang merupakan lelaki berusia 39 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baca lain  Stoking tertera kalimah Allah: PM mahu tindakan segera dilaksana ikut undang-undang

Terdahulu video yang memaparkan kemalangan membabitkan dua wanita yang masing-masing menunggang motosikal itu turut tular di media sosial.-BERNAMA

BERITA LAIN

127,295 orang bekerja sendiri mendaftar SKSPS

BUKIT MERTAJAM, Pulau Pinang: Golongan bekerja sendiri digesa mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) kerana ketika ini hanya 27.56 peratus atau 127,295 orang, daripada

BERITA TERBARU

Komersialkan beras premium Ba’kelalan

LAWAS: Penjenamaan semula pembungkusan beras Adan bakal mengangkat nilai tanaman tradisional itu sebagai beras organik premium. Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal, berkata

Doyoung NCT sah konsert solo pertama

PENYANYI, Kim Doyoung, 28 dari kumpulan NCT, bersedia mempamerkan persembahan solonya. SM Entertainment menerusi satu kenyataan memaklumkan, Doyoung bakal mengadakan konsert solo pertamanya selepas penerbitan

Kyrgyzstan sekat TikTok

BISHKEK: Wanita muda, Aku Sharsheeva, 22, berasa kecewa apabila gagal mengakses platform TikTok di studio fotografinya di ibu kota Kyrgyzstan minggu ini. “Tiada apa-apa yang