CENTEXS tawar empat program latihan Tenaga Hijau

Trending

Dua penyeludupan Pati di Serian tumpas, empat lelaki tempatan dan 10 Pati diberkas

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
TANGKAPAN PERTAMA... Lima Pati yang ditahan telah diserahkan kepada IPD Serian

SERIAN: Empat lelaki tempatan ditangkap kerana cuba menyeludup 10 pendatang asing tanpa izin (Pati) menerusi dua operasi berasingan pada Sabtu.
Komander Briged Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak SAC Mancha Ata berkata tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki tempatan di jambatan Sadong Jalan Serian-Sri Aman oleh Unit Risik Batalion 11 sekitar jam 9.40 malam.
Tangkapan kedua iaitu tiga lelaki tempatan bersama lima lagi Pati di pasar Baki Jalan Lama sekitar jam 11.40 malam selepas diekori pasukan risikan keluar dari Jalan Tebekang sehingga ke Jalan Serian-Kuching.
“Pemeriksaan mendapati lima Pati tidak memiliki permit kerja sah serta tinggal di Malaysia melebihi tempoh manakala lima lagi Pati tidak memiliki dokumen sah untuk memasuki Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya turut dirampas sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux, dua buah kenderaan, lima buah telefon bimbit pelbagai jenis, wang tunai RM5780.
Tegasnya, kesemua tahanan dan rampasan dibuat Di bawah Seksyen 15 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959 (Akta 155) dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Ujarnya suspek dan rampasan bagi kedua-dua kes telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Serian untuk tindakan siasatan lanjut.

TANGKAPAN KEDUA… Dua buah kenderaan membawa Pati dari kawasan Tebekang ke Pasar Baki ditahan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 Jun 2023

Berita Terbaru