Dua perahu disediakan di SK Sungai Anak

KUCHING: Pihak Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Anak Selangau menyediakan dua perahu untuk menghadapi banjir pada sesi persekolahan hari pertama hari ini.

Menurut Jurucakap Sektariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Mejar Ismail Mahedin, laluan jalan raya ke sekolah mengalami banjir setinggi 0.65 meter dan menunjukkan trend menaik.

“Sebanyak 68 peratus murid hadir setakat jam 8 pagi tadi daripada jumlah keseluruhannya 71 orang.

“Bagaimanapun, sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) berjalan lancar serta keadaan sekolah terkawal,” katanya menerusi satu kenyataan sebentar tadi.

Suara Sarawak