ARTIKEL

Dua pilihan bufet sempena Tahun Baharu CIna

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) menawarkan Makan Malam Bufet Besar dengan dua pilihan menu set Cina bermula 27 Januari hingga 24 Februari nanti, untuk makan tengah hari dan makan malam sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Dengan itu, pengunjung boleh memilih sama ada pilihan satu pada harga RM988 atau pilihan dua pada harga RM1,288.

Pilihan satu menawarkan lapan hidangan seperti Sup Itik Herba Cina Tradisional, Ayam Panggang dengan Halia Goreng dan Bawang Putih, Nasi Goreng dengan Kerang Kering dan Aneka Makanan Laut, Udang Kukus dengan Sos Bawang Putih dan Bihun.

Manakala pilihan dua menawarkan lapan hidangan, antaranya Ayam Kampung Goreng Sze Chuan, Udang Tumis dengan Sos Kopi Espresso dan Isi Kerapu Harimau dengan Halia. Selain itu, BCCK juga menawarkan Bufet Tahun Naga pada 9 Februari, dari jam 6.00 petang hingga 10.00 malam.

Untuk maklumat lanjut, layari www.bcck.org.my/promotions atau hubungi 082-392 888

LAIN-LAIN BERITA

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU