ARTIKEL

Ketua Polis Johor M. Kumar

Dua polis dipercayai peras ugut lelaki di BSI ditahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI


JOHOR BAHRU: Dua anggota polis dipercayai melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini membabitkan nilai RM2,000 ditahan, semalam.

Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata kedua-dua anggota berusia 32 dan 33 tahun yang bertugas di BSI itu, ditahan pada 1.50 tengah hari oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS).

Beliau berkata satu laporan polis diterima pada 12.23 tengah malam semalam (5 April), berhubung seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun mendakwa telah diperas ugut oleh dua anggota terbabit pada Selasa (2 April).

“Siasatan awal mendapati semasa mangsa melalui BSI untuk pemeriksaan imigresen, beliau telah ditahan oleh dua suspek kerana dikatakan mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau.

“Kemudian, suspek telah memeras ugut mangsa supaya membayar wang berjumlah RM2,000, bagi mengelakkan daripada ditangkap dan ditahan di lokap polis,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Kumar berkata hasil ujian saringan air kencing kedua-dua anggota berkenaan ialah negatif daripada segala jenis dadah dan reman terhadap mereka dikenakan selama tiga hari sehingga 8 April, bagi membantu siasatan.

Baca lain  Ancam keselamatan PM, pemandu lori dipenjara enam bulan

Kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan.

-Bernama

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim

Eksport produk kayu menurun

KUCHING: Prestasi nilai eksport produk perkayuan Sarawak merekodkan penurunan sebanyak sembilan peratus dengan sebanyak RM682 juta berbanding RM752 juta untuk tempoh sama tahun lalu. Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali