Dua projek Balingian lulus, Pusat Sehenti Anjung Usahawan RM5 juta, chalet RM10 juta

BALINGIAN: Kerajaan Sarawak meluluskan dua lagi projek pembangunan melibatkan pembinaan Pusat Sehenti Anjung Usahawan bernilai RM5 juta dan sebuah chalet bernilai RM10 juta di Balingian.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, dua projek itu adalah permintaan Adun Balingian Abdul Yakub Arbi dalam Majlis Pecah Tanah Anjung Selera Balingian di Dewan Masyarakat Balingian, semalam.

“Bagi permintaan membina jalan di Sungai Bawan yang akan menghubungkan dua daerah iaitu Balingian dan Kakus, terlebih dahulu kita perlu melihat kawasan ini dengan lebih mendalam.

“Ini kerana kita perlu melakukan penyelarasan jalan serta melihat reka bentuk jalan yang sesuai,” katanya berucap dalam Majlis Pecah Tanah Anjung Selera Balingian di sini, semalam.

… Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 12 April 2021

Suara Sarawak