Trending

Dua projek pelaburan industri petrokimia di Bintulu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Dua projek pelaburan dalam industri petrokimia sedang dan bakal dilaksanakan di Bintulu, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan Datuk Malcolm Mussen Lamoh.

Katanya ia melibatkan Projek Onshore Gas Plant 1 (OGP 1) oleh Sarawak Shell Bhd (Shell) yang sedang dalam pelaksanaan dan dijangka siap pada penghujung 2026.

Selain itu Projek Onshore Gas Plant 2 (OGP 2) oleh PTTEP HK Offshore Limited (PTTEP) dan dijangka akan memulakan aktiviti penyediaan tapak bermula awal tahun hadapan dan seterusnya pembangunan loji akan bermula pada awal tahun 2025.

Dalam pada itu, Malcolm berkata Kerajaan Sarawak melalui Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) sedang membangunkan Petchem Industrial Park di Tanjung Kidurong, Bintulu dengan keluasan lebih kurang 1,000 ekar sebagai kawasan perindustrian utama industri petrokimia di Sarawak.

“Bagi projek metanol Sarawak yang dibangunkan oleh Sarawak Petchem Sdn Bhd, status pembinaan telah mencapai 90 peratus setakat April 2023 dan dijangka beroperasi pada suku pertama tahun 2024,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu Azizul Annuar Adenan mengenai perkembangan industri petrokimia di Bintulu terutama seperti industri metanol.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru