NGENJEN DI SEMANDIN animasi bahasa Sarawak pertama di Malaysia

Trending

Dua rakan didenda curi zink

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Dua rakan masing-masing dijatuhi hukuman denda RM2,000 atau penjara lima bulan atas kesalahan mencuri 18 keping zink aluminium di sebuah pangsapuri, 21 Januari lalu.

Tertuduh Abdul Hafiz, 38, dan Nizam, 27, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Zaiton Anuar.

Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa mencuri 18 keping zink itu di Kuaters Gunasama Persekutuan Kuching, sekitar jam 10.42 pagi, 21 Januari lepas.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama.

Menurut fakta kes, pengadu menerima pangilan daripada seorang penghuni kuarters menyatakan bahawa dua orang lelaki tidak dikenali dalam keadaan mencurigakan telah mengetuk dan membuka kepingan zink di belakang bangunan pangsapuri kediaman mereka.

Pengadu kemudian membuat laporan polis untuk tindakan lanjut seterusnya membawa kepada penangkapan kedua-dua tertuduh pada hari yang sama.

Barang-barang kes turut dirampas seperti 18 keping zink aluminium, gunting pemotong zink, spanar dan pahat besi.

Hasil siasatan, kedua tertuduh mengaku membuka kepingan keluli terbabit untuk dijual setelah mendapat tawaran dan upah sebanyak RM65 daripada seorang rakan.

Baca lain  Penduduk bantah bina tapak perkuburan, perumahan kos rendah di Segu Land District

Anggaran kerugian yang dialami adalah sebanyak RM300.

Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

9 Jun 2023

Berita Terbaru