CENTEXS tawar empat program latihan Tenaga Hijau

Trending

Dua rakan dipenjara 5 bulan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Sekadar gambar hiasan

KUCHING: Dua rakan dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah meminta wang perlindungan sebanyak RM3,000 dan mengugut hendak membakar jentera berat milik lelaki berusia 28 tahun sekiranya enggan berbuat demikian.

Tertuduh Zainal Rosli,42, dan Mohamad Redza Julaihi, 36, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan secara bersama di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama secara sengaja melakukan ugutan jenayah terhadap mangsa di sebuah tapak pembinaan di Taman Desa Wira, sekitar jam 4.30 petang, 15 Ogos lalu.

Oleh itu, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Syarifah Fatimah menetapkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tangkap pada 17 Ogos lalu.

Menurut fakta kes, semasa kejadian, pengadu telah didatangi oleh dua orang lelaki menyatakan mereka akan menjaga tapak terbabit dan meminta wang perlindungan sebanyak RM3,000.

Baca lain  WAK bawa bakat antarabangsa ke Sarawak

Sekiranya gagal membayar wang terbabit, mereka mengugut hendak membakar jentera berat milik pengadu.

Kedatangan kedua-dua tertuduh buat kali ketiga bagi mendapatkan wang terbabit menimbulkan kebimbangan kepada pengadu, yang seterusnya melaporkan kepada pihak polis.

Pada 17 Ogos lalu, kedua-dua tertuduh berjaya ditangkap oleh pihak polis untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 Jun 2023

Berita Terbaru