ARTIKEL

Dua rekod baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PERENANG Malaysia mencipta dua rekod baharu kebangsaan dalam perjalanan untuk merangkul pingat gangsa pada hari ketiga acara renang Sukan SEA 2023 di Pusat Akuatik Nasional, Kompleks Sukan Morodok Techo, semalam.

Perenang muda, Tan Khai Xin memulakan usaha mencipta rekod dalam acara 400 meter rampaian individu lelaki. Bukan sahaja berpuas hati muncul pemenang pingat tunggal untuk kem renang negara, tetapi beliau juga membuktikan kebolehannya dengan mencipta rekod kebangsaan dalam acara itu.

Khai Xin mencatat masa 4 minit 23.24 saat (s)untuk menggondol gangsa bagi pingat pertamanya di temasya dwitahunan itu dan memadam catatan masa sebelumnya 4:24.83s yang dicipta oleh Khiew Hoe Yean pada Kejohanan Sepanyol pada 2021.

Bercakap kepada media Malaysia, perenang berusia 19 tahun itu mengaku tidak pernah terfikir akan memecahkan rekod kebangsaan kerana hanya mengintai penamat podium di Kemboja selepas pulang dengan tangan kosong pada penampilan sulungnya di Hanoi pada 2021.

“Saya bekerja keras sepanjang tahun, saya percaya boleh melakukannya dan gembira dapat melakukannya (memenangi pingat),” katanya selepas majlis penyampaian pingat. – Bernama

BERITA LAIN

Dominator JR FT terbaik, semakin digeruni

KUCHING: Skuad Dominator JR FT kini antara pendatang baharu yang semakin digeruni keedibiliti mereka di pentas saingan bola sepak lima sebelah atau lebih dikenali sebagai

Fasiliti Stadium Sarawak akan dinaik taraf

KUCHING: Penaiktarafan fasiliti di Stadium Sarawak akan dilakukan susulan negeri ini sebagai tuan rumah bersama bagi Temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) pada tahun 2027. Menteri

Skuad B-16 Malaysia belasah Timor-Leste, 5-0

KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 16 Tahun (B-16) kebangsaan memulakan kempen Kejuaraan B-16 ASEAN 2024 dengan bergaya selepas membelasah Timor-Leste 5-0 pada aksi pertama Kumpulan C

Selangor FC tumbangkan Perak FC, 2-1

KUALA LUMPUR: Selangor FC merapatkan jurang mata dengan pendahulu Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas menewaskan Perak FC 2-1 meskipun terpaksa beraksi dengan 10

BERITA TERBARU