ARTIKEL

ROSAK… Keadaan motosikal mangsa yang rosak akibat kemalangan.

Dua remaja maut dalam kemalangan motosikal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PADAWAN: Dua remaja maut selepas motosikal yang dinaiki hilang kawalan dan melanggar tiang telefon di Jalan Sungai Tapang dekat Airport Perimeter RD di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, dalam kejadian sekitar 5 pagi itu, kedua-dua remaja lelaki masing-masing berusia 14 dan 13 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati, kedua-dua remaja tersebut bergerak dari arah Kampung Sungai Tapang, Kota Sentosa ke Kuching.

“Ketika sampai di jalan berselekoh menuruni bukit di sekitar Jalan Sungai Tapang / Airport Perimeter RD, motosikal yang dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar tiang telefon di bahu kiri jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Abang Zainal, akibat pelanggaran itu, kedua-dua remaja berkenaan tercampak di bahu kiri jalan dan disahkan meninggal dunia pada 7.43 pagi dan 7.47 pagi semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

BERITA LAIN

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh