Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Dua remaja maut motosikal bertembung

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Keadaan di tempat kejadian selepas motosikal yang ditunggang kedua-dua mangsa bertembung di Jalan Kuala Baram ByPass, Miri semalam.

MIRI: Dua remaja lelaki meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung di Jalan Kuala Baram ByPass, di sini.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata dalam kejadian yang dilaporkan kira-kira jam 6.10 petang semalam, kedua-dua mangsa yang berusia 16 dan 17 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya kejadian berlaku ketika mangsa berusia 16 tahun yang menunggang motosikal SYM Bonus dalam perjalanan menghala keluar ke jalan besar Kuala Baram Bypass manakala mangsa berusia 17 tahun yang menunggang Yamaha Y15ZR datang dari arah jalan besar Kuala Baram Bypass.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati penunggang motosikal SYM Bonus telah gagal mengawal motosikalnya lalu bertembung dengan mangsa yang menunggang Y15ZR.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Miri pada jam 7.10 malam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan itu, Alexson berkata satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 41(1) dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru

Ubah status maklumat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menandatangani rang undangundang