ARTIKEL

polis

Dua remaja perempuan ditahan kes pukul pelajar bawah umur di Asajaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KOTA SAMARAHAN: Polis menahan dua remaja perempuan kerana disyaki mendatangkan kecederaan kepada seorang pelajar perempuan bawah umur dalam satu kejadian di Asajaya, di sini. 

Pihak polis telah mengesan kejadian tersebut yang telah dimuat naik di media sosial Facebook dalam video berdurasi satu minit 34 saat yang memaparkan mangsa, 12 tahun yang telah dipukul oleh dua orang suspek. 

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Deputi Superintendan Brodie Brangka berkata, pihaknya menerima laporan yang telah dibuat ibu mangsa pada 14 Oktober yang lalu, sekitar jam 10.33 malam. 

“Bertindak di atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kota Samarah telah menjalankan tangkapan terhadap dua orang suspek yang terlibat. 

“Kedua-dua suspek berumur lingkungan 13 tahun sehingga 16 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Brodie berkata, satu kertas siasatan telah dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang jika disabit kesalahan membawa hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai satu tahun atau didenda sampai RM2,000 atau kedua-duanya. 

Manakala katanya, kes turut disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh boleh sampai dua tahun, atau dengan denda atau dengan kedua-duanya. 

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri Sarawak untuk arahan selanjutnya,” jelasnya.

Beliau dalam pada itu mengingatkan masyarakat supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menularkan sebarang komen di media sosial yang boleh mendatangkan kegusaran.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu

BERITA TERBARU

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar