Trending

Dua rumah musnah dijilat api di Kampung Hulu Tembelu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SIMUNJAN: Dua buah rumah hangus dijilat api dalam satu kejadian kebakaran di Kampung Hulu Tembelu, di sini semalam.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 2.13 petang.

Katanya, sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan dikerahkan ke lokasi untuk pemadaman.

“Setibanya di lokasi, Komander Operasi melaporkan dua rumah jenis tidak kekal yang terbakar telah musnah 100 peratus.

“Dilaporkan hanya terdapat dua penghuni lelaki dewasa yang mendiami rumah kedua manakala rumah pertama tiada penghuni ketika kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesemua penghuni berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru