ARTIKEL

Dua rumah separuh kekal terbakar di Kampung Limpaong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LIMBANG: Dua buah rumah jenis separuh kekal terbakar di Kampung Limpaong, di sini, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 1.26 pagi. 

Setiba di lokasi katanya, Komander Operasi melaporkan sebuah rumah jenis separuh kekal berkeluasan 10×20 kaki persegi terbakar 100 peratus manakala rumah kedua jenis separuh kekal dua tingkat musnah 40 peratus. 

“Pasukan bomba bertindak membuat pemadaman menggunakan teknik ‘offensive’ dan ‘deffensive’ dengan membahagikan kepada dua bahagian. 

“Aliran pertama menggunakan 300 kaki dua nozel di sebelah kanan jalan, manakala aliran kedua 200 kaki satu nozel di sebelah kiri jalan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

PADAM….Bomba berusaha memadamkan kedua-dua rumah yang terlibat dalam kebakaran. 

Ujarnya, satu saluran bantu mula digunakan bagi membuat pemadaman di tingkat atas bagi rumah kedua dengan pam jentera sumber air pili bomba. 

“Kerja-kerja overhaul dilakukan bagi memastikan tiada punca api dan nyalaan semula,” katanya.

Jelasnya, seorang lelaki di rumah pertama mengalami kecederaan ringan iaitu melecur di bahagian leher dan telah diberi rawatan oleh unit Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS).

Bagi rumah kedua, ujarnya semua penghuni selamat dan tidak mengalami kecederaan.

Operasi ditamatkan pada jam 3.24 pagi. 

PADAM….Bomba berusaha memadamkan kedua-dua rumah yang terlibat dalam kebakaran. 
Keadaan rumah dalam kejadian kebakaran, pagi tadi. 

BERITA LAIN

Program Sarjana Muda Undang-Undang UM dilancar di Sarawak

KUCHING: Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat dengan Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Swinburne, Sarawak mewujud dan memudahkan

Program vaksinasi haiwan percuma

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak akan menganjurkan program vaksinasi haiwan peliharaan, esok. Program terbabit akan berlangsung dari jam 9 pagi

BERITA TERBARU