ARTIKEL

CUBA BUNUH… Dua sahabat keluar dari Mahkamah Sesyen ditemani anggota polis hari ini.

Dua sahabat didakwa cubaan bunuh lelaki

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Dua sahabat didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki berusia 36 tahun dalam satu kejadian tular di media sosial pergaduhan di sebuah kafe di matang, Ogos tahun lalu.

Mohd Khaizorie Wasli, 29 dan Suhaimi Jamani, 28, masing-masing mengaku tidak bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama seorang lagi didakwa mencederakan mangsa berusia 36 tahun menggunakan senjata tajam yang boleh menyebabkan kematian dan membawa kepada pembunuhan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di  hadapan sebuah cafe di Jalan Matang, kira-kira jam 2.19 pagi, 21 Ogos lalu.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun.

Bagaimanapun, Afidah membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing dibebaskan dengan jaminan tunai RM8,000 beserta seorang penjamin tempatan.

Afidah menetapkan tarikh sebutan semula bagi pengurusan kes pada 22 Mac depan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Norshafatihah Nor Azmi manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pada 5 September 2023, rakan tertuduh yang terlibat dalam kes terbabit bernama Mohammad Aiman Yusri, 20, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun selepas mengaku bersalah atas pertuduhan  yang sama.

Pada 21 Ogos 2023,tular satu video di media sosial mengenai pergaduhan di sebuah cafe di Matang apabila mangsa diserang lima orang lelaki bersenjatakan parang dan kayu hoki.

Punca kejadian, kerana salah seorang suspek bertanyakan tentang hutang kepada mangsa tetapi mangsa menafikan.

Tidak berpuas hati dengan penafian tersebut, mangsa telah dibawa keluar daripada premis oleh suspek dan kemudian dipukul menggunakan objek berupa kayu hoki sebelum dilibas dengan parang.

Mangsa yang mengalami kecederaan dibantu oleh orang seorang lelaki untuk mendapatkan rawatan ke hospital sebelum meneruskan laporan polis.

Semasa di hospital, mangsa didapati mengalami kecederaan di bahagian pinggang kiri, betis depan kanan, tulang retak, luka belakang bahu kiri, luka bawah bahu kiri dan kanan serta luka bahagian pinggang.

BERITA LAIN

Rumah musnah terbakar, penghuni selamat

MIRI: Sebuah rumah di Kampung Pa Umor, Bario milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, musnah dalam insiden

Enam kereta terbakar akibat pembakaran terbuka

LIMBANG: Enam buah kereta di luar bengkel di Jalan Taman Desa Babahanan di sini musnah dalam satu kebakaran disebabkan pembakaran terbuka longgokan kayu berhampiran. Jurucakap

Saingan harga tiket penerbangan ke Sarawak

KUCHING: Pengumuman syarikat penerbangan milik Sarawak yang dijangka beroperasi pada tahun hadapan diharap dapat menurunkan harga tiket kepada anak Sarawak. Adun Tupong Fazzrudin Abdul Rahman

Saya tidak minta apa-apa – Wong Soon Koh

KUCHING: Bekas Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB), Datuk Seri Wong Soon Koh, tidak menuntut apa-apa jawatan dalam kabinet Kerajaan Sarawak sebagai syarat bagi pembubaran partinya

BERITA TERBARU

Rumah musnah terbakar, penghuni selamat

MIRI: Sebuah rumah di Kampung Pa Umor, Bario milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, musnah dalam insiden

Enam kereta terbakar akibat pembakaran terbuka

LIMBANG: Enam buah kereta di luar bengkel di Jalan Taman Desa Babahanan di sini musnah dalam satu kebakaran disebabkan pembakaran terbuka longgokan kayu berhampiran. Jurucakap