Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Dua sahabat didenda curi mesin imbasan ultrabunyi

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Gambar hiasan
Gambar hiasan

KUCHING: Padah memiliki harta curi mesin imbasan ultrabunyi (perubatan), dua rakan masing-masing dijatuhi hukuman denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Zubaidah Sharkawi menjatuhkan hukuman terhadap, Jonathan, 26, dan Beatrice, 21, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan dihadapan mereka secara bersama.

Zubaidah menjatuhkan hukuman penjara satu bulan terhadap kedua-dua tertuduh sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama memiliki harta curi tersebut yang merupakan milik lelaki berusia 46 tahun di sebuah cafe di Jalan Saradise, di sini, kira-kira jam 1.30 petang, 23 Mac lalu.

Oleh itu, kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama.

Aggaran kerugian yang dialami oleh
pengadu adalah lebih kurang RM100,000.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa ASP Rogayah Rosli manakala kedua-dua tertuduh diwakili seorang Peguam Lim Lian Kee.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News