Trending

Dua sahabat manfaat media sosial bantu cemerlang dalam SPM

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

IPOH: Dua sahabat baik dari Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Methodist, di sini, yang memanfaatkan platform media sosial seperti YouTube dan TikTok untuk mendapatkan tip cara menjawab soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), berjaya memperoleh A dalam kesemua mata pelajaran yang diambil.

Olivia Wong Kinn Teng dan Pooh Shi Yu, kedua-duanya 18 tahun berkata mereka menghabiskan beberapa jam sehari untuk mendapatkan panduan pembelajaran daripada video yang dikongsi guru-guru dalam media sosial berkenaan.

“Selain konsisten menentukan masa mengulang kaji pelajaran menggunakan buku, mendapatkan tip menjawab soalan dan nota penting daripada YouTube dan TikTok juga membantu kami.

“Saya menghabiskan masa beberapa jam sehari untuk pembelajaran melalui telefon pintar,” kata Olivia yang mendapat A dalam semua 10 mata pelajaran yang diambil dan bercita-cita untuk menjadi peguam.

Sementara itu, Pooh yang mendapat 9A berkata belajar pada waktu malam selain mengulang kaji pada saat-saat akhir iaitu dua hingga tiga bulan sebelum peperiksaan juga antara tip untuk dirinya mudah mengingati ilmu yang dipelajari.

Anak bongsu daripada dua beradik itu berhasrat dapat melanjutkan pelajaran ke universiti sama dengan Olivia iaitu Universiti Malaya (UM) untuk menggapai cita-citanya menjadi jurutera.- BERNAMA

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru