Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Dua sahabat maut kemalangan di Jalan Tatau-Bintulu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Dua maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 1 Jalan Tatau- Bintulu, petang Khamis.
Dua maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 1 Jalan Tatau- Bintulu, petang Khamis.

TATAU: Dua lelaki maut selepas motosikal yang dinaiki hilang kawalan dalam kejadian kemalangan di Kilometer 1,Jalan Tatau- Bintulu, petang semalam.

Kejadian kira-kira jam 5.45 petang itu mengakibatkan penunggang, Wedisly Duhanis, 31, dan rakannya Leonardo Yusup, 37, mati di lokasi kejadian susulan kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Tatau Deputi Superintendan Jame Reis berkata, kejadian berlaku semasa kedua-dua mangsa sedang bergerak dari tempat kerja mereka menuju ke Pasar Tatau.

“Setibanya di tempat kejadian, mangsa cuba memotong sebuah kenderaan pacuan empat roda di hadapan mereka.

“Namun, motosikal mereka terjatuh dan terseret ke lorong bertentangan lalu dilanggar kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki berusia 68 tahun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, impak kemalangan tersebut menyebabkan kedua-kedua mangsa mati di tempat kejadian manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mereka dihantar ke Hospital Bintulu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya.

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru

Ubah status maklumat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menandatangani rang undangundang