ARTIKEL

Motosikal hilang di kawasan Permaisuri Mall, berjaya ditemui pada Ahad lalu.

Dua saspek curi motosikal berjaya dicekup

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seorang lelaki tempatan dan warganegara Indonesia yang terlibat dalam kes curi motosikal berjaya ditangkap oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri, pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, tangkapan pada jam 11.05 pagi itu telah menjumpai semula sebuah motosikal yang hilang.

“Terdahulu, kami menerima aduan daripada seorang lelaki tempatan yang menyatakan motosikal jenis Honda RXS miliknya hilang pada jam 1.40 pagi, di kawasan Permaisuri Mall.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Jelasnya, kedua-dua suspek telah direman selama tiga hari sehingga 27 Jun ini untuk siasatan lanjut.

Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan dengan perkara ini untuk tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi talian 085-433730.

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat menghargai keprihatinan masyarakat terutamanya yang melibatkan keselamatan dan persekitaran di daerah Miri.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU