ARTIKEL

Foto UKAS

Dua sekolah daif dinaik taraf, siap April ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

LAWAS: Dua sekolah daif di Lawas akan dinaik taraf untuk keselesaan kakitangan sekolah dan para pelajar.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, projek menaik taraf Sekolah Kebangsaan (SK) Trusan disiapkan sepenuhnya pada 14 April depan.

Terdapat beberapa bangunan perlu diberi perhatian kerana kawasan ini mengalami masalah banjir yang menjejaskan blok kelas dan dewan makan.

“Saya telah minta dengan pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan Daerah Lawas supaya kita dapat memberi keutamaan bukan saja di sekolah ini tapi sekolah di seluruh daerah ini supaya keadaan bangunan kelas yang daif diberi perhatian seperti baik pulih atau bina baru,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa melakukan lawatan kerja ke SK Trusan pada Selasa.

Foto UKAS

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

BERITA TERBARU