Dua sekolah dan kuarters Institusi Pendidikan Guru (IPG) ditutup, kakitangan positif Covid-19

BINTULU: Dua sekolah dan kuarters  Institusi Pendidikan Guru(IPG) Kidurong di sini   diarah tutup selama 14  hari  ekoran terdapat kakitangannya disahkan positif Covid-19.

Sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baru, Sekolah Kebangsaan (Kidurong) 2 dan kuarters IPG Kidurong diarah tutup bermula 11 Februari hingga 24 Februari.

Perkara itu disahkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu menerusi kenyataannya, hari ini.

Penutupan itu juga bagi memastikan proses sanitasi di keseluruhan bangunan kedua-dua sekolah  dan kuarters pendidikan berkenaan dapat dijalankan.

Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu akan menjalankan pengesanan secara aktif di kawasan terbabit pada hari kedua dan ke sepuluh ke atas semua warga sekolah dan penghuni kuarters IPG Kidurong.

Manakala, Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu juga akan membuat kawalan penuh pergerakan sepanjang tempoh tersebut.

Suara Sarawak