BINTULU: Dua sekolah di Daerah Bintulu diarah tutup selama tujuh hari ekoran terdapat dua pelajarnya disahkan positif Covid-19.
Sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kidurong diarah tutup bermula 28 Januari hingga 3 Februari dan SMK Bandar Bintulu(29 Januari – 4 Februari).
Perkara itu disahkan pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu merangkap Residen Bahagian Bintulu, Jack Aman Luat, hari ini.
Tegasnya, penutupan itu juga bagi memastikan proses sanitasi di keseluruhan bangunan kedua-dua sekolah berkenaan dapat dijalankan.
Beliau berkata, usaha mengesan kontak rapat pelajar berkenaan khususnya dalam kalangan warga sekolah terlibat untuk disaring juga sedang giat dijalankan.
New experience with Suara Sarawak App. Get now at Google Playstore and App Store.
Anda Mungkin
Terokai Lagi
Hubungi Kami
SV News Sdn. Bhd. (1307143-A)
Lot 14096 (SL 121) Section 65,
Kuching Town Land District,
14 D, Metrocity Commercial Precinct,
Jalan Matang, 93050 Kuching,
Sarawak, Malaysia
Tel: 082-647375, 082-649527,
082-510005
Fax: 082-513055
Emel: news@suarasarawak.my