ARTIKEL

Dua selamat, tiga hilang di Aceh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JAKARTA: Seramai dua individu berjaya diselamatkan manakala tiga lagi masih hilang dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di jalan Sumatera-Aceh di Bandar Subulussalam, Wilayah Aceh, pada Jumaat malam.

Kejadian di Jalan Lintas Medan berhampiran Kampung Lae Ikan dalam daerah Penanggalan berlaku berikutan hujan lebat pada 8 malam waktu tempatan, menurut agensi mitigasi bencana Indonesia.

Seorang jurucakap agensi bencana daerah (BPBD) tempatan, Cut Anita berkata tiga individu yang hilang itu ialah dua orang awam dan seorang pegawai polis dari Penanggalan.

“Usaha mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang hilang ini diteruskan di bawah penyelarasan BPBD Subulussalam,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Serpihan tanah runtuh yang menghalang jalan dibersihkan manakala pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati semasa memandu ketika cuaca hujan kerana risiko tanah runtuh.

Berdasarkan ramalan cuaca agensi meteorologi (BMKG) pada Ahad, cuaca di bandar itu dijangka mendung.

Bagaimanapun, hujan lebat diramalkan pada sebelah petang dengan potensi ribut petir pada sebelah malam.

Agensi itu juga menggesa pihak berkuasa tempatan dan penduduk supaya sentiasa berwaspada kerana potensi hujan lebat yang mengakibatkan banjir, banjir kilat dan tanah runtuh. – Bernama 

LAIN-LAIN BERITA

Penghormatan terakhir buat Kiptum

ELDORET: Beratus-ratus orang berkumpul di hab olahraga Kenya di Eldoret pada Khamis untuk penghormatan terakhir bagi pelari maraton dunia, Kelvin Kiptum yang meninggal dunia pada

Mangsa Gaza saman kerajaan Jerman

BERLIN, Jerman: Mangsa serangan Israel memfailkan aduan jenayah terhadap pegawai tinggi kerajaan Jerman kerana menyokong jenayah perang Israel dan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza,

Koleksi peribadi Elton John dilelong

NEW YORK: Hampir AS$100,000 kasut perak monogram Elton John dan sekitar AS$2 juta untuk lukisan kembar tiga oleh artis jalanan Banksy daripada koleksinya, iaitu barangan

Jokowi rasmi pelabuhan kedua terbesar

JAKARTA: Presiden Joko Widodo atau Jokowi pada Khamis merasmikan Makassar New Port di Sulawesi Selatan yang matlamatnya untuk meningkatkan kecekapan logistik di timur Indonesia, ketika

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim