Trending

Dua slot terakhir Piala Datuk Julaihi jadi buruan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Empat pasukan akan turun beraksi di Padang Bola Sepak Kampung Sebangan, Sebuyau pada Sabtu ini bagi merebut dua slot terakhir dalam kejohanan Bola Sepak Veteran Piala Datuk Julaihi, 2023.

Playboy Pencen akan menentang SBM FC pada jam 9:15 pagi. Disusuli aksi membabitkan juara bertahan, Armada SV menentang pendatang baharu X-SPT FC pada jam 3:45 petang.

Hanya kemenangan memuktamadkan perjalan dua daripada empat pasukan terbabit ke pusingan kedua yang menghimpunkan kelompok 14 pasukan terbaik.

Pengerusi Kejohanan, Osman Jamel memberitahu senarai 12 pasukan yang layak ke pusingan kedua sudah diketahui selepas perlawanan hujung minggu lepas.

“Antara pasukan yang berjaya memasti slot ke pusingan kedua ialah Tedong Melancar yang juga naib juara tahun lepas.

“Di samping pasukan Tumela, VS FC, Kveta IX FC, Lariwoo FC, Bimajaya Vet23, BFA Beliong Vet, Bersatu Hati, Kabitra FC, Dejavu, V-Foss dan Ensengei Vet FC,” ujar Osman kepada Arena Suara Sarawak.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru