Dua suspek diburu polis terlibat kes dadah di Kuching

KUCHING: Polis Daerah Padawan kini sedang giat mengesan seorang lelaki dan wanita bagi membantu siasatan kes dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Padawan dalam satu kenyataan mengesahkan suspek masing-masing bernama Liew Chin Chean dan Lai Choo Fung.

“Kedua-dua individu terbabit dipercayai pemilik kepada kediaman 3E-3-3A-D FE404, Blok E L2431, Jalan Batu Kawa, Batu Kawah New TownShip,” jelas kenyataan itu, hari ini.

Dalam kenyataan tersebut turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek untuk menyalurkannya kepada pihak polis.

Ujarnya, orang awam yang mempunyai maklumat terhadap penama di atas boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Farid di talian 0133317099 ataupun hadir ke BSJND Padawan untuk laporan lanjut.

1. Liew Chin Chean
Lai Choo Fung