ARTIKEL

Dadah dan beberapa barangan disyaki milik suspek turut dirampas dalam serbuan di pusat hiburan di Niah, semalam.

Dua suspek direman seminggu bantu siasatan kes rampasan dadah bernilai RM17,222

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Dua lelaki warga asing berjaya dicekup polis di sebuah pusat hiburan di Niah semalam kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, suspek berusia 22 hingga 25 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri.

“Hasil pemeriksaan dan serbuan, pihak polis menahan dua lelaki serta merampas sejumlah dadah jenis serbuk jus campuran Ecstacy, 248 biji pil Ecstacy dan dadah jenis Ketamin yang membawa jumlah keseluruhan RM17,222.

“Ekoran itu, kedua-dua suspek ditahan dan direman seminggu iaitu sehingga 27 Jun ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Alexson kemudiannya berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati, atau jika tidak dihukum mati, boleh dipenjara seumur hidup dan dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali sebatan.

“Selain itu, kes ini turut disiasat di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan jika disabitkan kesalahan, hendaklah didenda tidak lebih RM100,000 atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya sekali,” jelasnya.

Pada masa sama, Alexson juga menasihati masyarakat agar terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah yang berlaku di sekeliling mereka untuk segera melaporkannya di balai polis berhampiran agar aktiviti tersebut dapat dibanteras bersama.

BERITA LAIN

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri

Polis lumpuh sindiket gula-gula getah dicampur dadah

KUALA LUMPUR: Polis melumpuhkan sindiket pengedaran gula-gula getah dicampur dadah dengan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM5.02 juta dalam serbuan berasingan di Cheras dan Seri Kembangan, semalam.Pengarah

BERITA TERBARU