Dua syarikat dan pekerja mereka dikompaun lebih RM50,000

BINTULU: Dua syarikat yang masing-masing mengendalikan perniagaan penghantaran dan perkapalan serta jual beli kenderaan di kompaun masing-masing RM10,000 ekoran ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) SOP Diperketatkan, semalam.

Kedua-dua syarikat yang beroperasi di Tanjung Kidurong dan Tanjung Batu itu didapati tidak mematuhi SOP Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu yang hanya membenarkan 30 peratus pekerja turun bekerja.

Turut di kompaun 22 pekerja syarikat pengendalian penghantaran dan perkapalan yang sama di Tanjung Kidurong ekoran tidak mengimbas aplikasi MySejahtera menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan kepada syarikat adalah sebanyak RM43,500.

Tiga pekerja syarikat jual beli kenderaan di Tanjung Batu itu turut di kompaun atas kesalahan sama menjadikan jumlah keseluruhan kompaun adalah sebanyak RM14,500.

Kompaun dikeluarkan di bawah Peraturan 18.P.U(A)97/2021 Ordinan DARURAT (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 01 Mei 2021

Suara Sarawak