ARTIKEL

Dua tahanan lolos diburu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Polis kini sedang memburu dua lelaki warga Indonesia yang melarikan diri dari Balai Polis Tapah, di sini kira-kira 1 tengah hari tadi.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, kedua-dua tahan yang lolos dikenali sebagai Kelvin, 21 tahun dan Bony, 31 tahun.

“Kedua-dua suspek yang disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigiresen telah ditangkap oleh sepasukan anggota polis Balai Polis Kota Sentosa pada 7 Jun 2023 dan telah ditempatkan di Balai Polis Tapah untuk siasatan lanjut.

“Pihak polis kini sedang giat mengesan kedua-dua suspek dan semua elemen-elemen telah digerakkan Op Tutup di seluruh kawasan Padawan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Azman berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau menjumpai individu yang mencurigakan boleh berhubung terus dengan Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan di talian
082-862233 atau mana-mana balai polis yang berdekatan anda.

BERITA LAIN

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA

BERITA TERBARU