ARTIKEL

ukee

Dua tahun lagi darjah satu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MAC 2024 ini, akhbar kami berusia lima tahun.

Walaupun sebelum ini, kawan-kawan seperjuangan sering menulis mengenai penubuhannya, saya juga tidak mahu ketinggalan kerana ia sesuatu yang sangat dekat di hati, sedekat bahu dengan lengan, sangat intim dengan jiwa saya.

Ini perkongsian pertama dan terakhir saya sempena hari jadi kelima tempat kami mencari rezeki, yang menyambung nyawa kami menghadapi cabaran ekonomi yang sangat kejam sekarang dan sudah pasti, venue kami berkarya serta melahirkan ramai karyawan baharu setiap tahun.

Penubuhannya bukan semudah membelek halaman akhbar.

Jika ada yang menganggap apa-apa yang saya kongsi sekadar imaginasi atau nostalgia yang sengaja direka, terpulang.

Saya berada tepat pada waktu, masa dan kejadian ketika itu.

Ceritanya tidak bermula tepat hari kelahirannya 1 Mac 2019, namun berbulan-bulan lama sebelumnya membuat perancangan dan hala tuju.

Kata orang, kesempatan itu datang dengan cara yang elegan dan tidak terduga.

Ketika kita siap, maka kesempatan itu kita dapat — orang sering menggelarnya sebagai keberuntungan.

Pada malam 27 Oktober, ketika membawa anak-anak makan di luar, saya mendapat khabar esoknya 28 Oktober 2018, ada pengambilalihan akhbar berbahasa Inggeris.

Pengambilalihan itulah dinamakan kesempatan yang membuahkan keberuntungan.

Namun bagi dunia media, pertukaran pengurusan itu perkara biasa, mengalih ketua editor dalam masa 24 jam juga perkara biasa kerana semua yang mengetuai editorial di manamana organisasi media, berisiko untuk diarah mengundur diri secara terhormat jika melakukan kesilapan besar terutamanya membabitkan isu politik.

Baca lain  Idam gelaran dunia

Saya pernah ada rakan ketua editor dari Semenanjung Malaysia yang diarahkan berhenti kerana kesilapan anak buahnya melepaskan berita yang tidak sepatutnya. Dia kena bertanggungjawab walaupun pada waktu itu tidak bertugas.

Bagi saya, keputusannya ketika itu lebih kepada menyelamatkan orang bawahannya. Dia boleh mempertahankan diri kerana dia tidak berada di Sarawak, balik bercuti ke negerinya.

Yang saya hendak kongsikan di sini bukan pasal pemecatan, pembuangan mana-mana individu tetapi peristiwa selepas 28 Oktober 2018 — saya berada di posisi yang dibawa bersama membincangkan pengambilalihan organisasi di bawah kumpulan akhbar yang sama

. Kami bermesyuarat di kafe di Tebingan Kuching pada waktu malam, siangnya di kedai kopi, di restoran sushi, di restoran mana yang kami tidak duduk berbincang — kerana tiada pejabat. Oh ya… saya terlupa.

Sebelum itu, ketika bulan Ramadan 2018, kami pernah dibawa berbincang di meja bulat dengan membawa kertas kerja tebal.

Waktu itu, sudah jelas pertemuan diadakan untuk perbincangan mengenai hala tuju, penempatan kakitangan, jawatan dan penjawatan, belanja dan keseluruhan impak organisasi.

Bab ini paling saya ingat kerana pada bulan Ramadan, akhirnya di belakang kami ada yang menggelarkan kertas kerja itu — helaian kertas bodoh.

Selepas mesyuarat, kami berbuka di kafe biasa di Satok namun ketika berbuka, saya menerima pesanan di telefon menceritakan kertas kerja dibuang ke dalam tong sampah.

Baca lain  Sakit jantung masih punca utama kematian

Saya terdiam dan tidak memberitahu sesiapa, tetapi air dingin yang saya teguk seperti lava keluar dari gunung berapi.

Ini pengajaran secara peribadi kepada saya kerana dalam apaapa kejadian pun, ketika digelar bodoh, saya rasa kita harus terus bersikap bodoh dan diam melakukan perancangan.

Sama seperti kata orang, jangan sesekali menceritakan strategi perang dengan orang lain.

Kami bergerak dengan rahsia terbuka kepada pemain industri bahawa akan lahir bayi sulung tidak lama lagi.

Ketika itu, saya tidak dapat membayangkan bagaimana seorang Perdana Menteri atau ketua manamana negeri senang-senang membentuk kabinet politik, itu lagi dahsyat.

Membentuk organisasi kecil pun penuh provokasi dan salah faham, apatah lagi kabinet politik yang memegang buah catur sesebuah negara.

Manakala 19 November 2018, pertama kalinya saya memasuki organisasi itu selepas keluar empat tahun sebelum kerana berpindah tempat kerja, tidak sampai tiga jam pada jam 8.30 malam, saya ditelefon dan diarah keluar kerana tidak boleh campur tangan.

Baiklah, kami menurut perintah kerana masih rumah orang — adatnya kita tiada hak untuk masuk tanpa pelawaan tuan rumah.

Seterusnya, bulan November, Disember dan Januari 2019, inilah detik penuh liku dan cabaran, dengan pelbagai versi cerita.

Untuk kali terakhir, kami bermesyuarat di restoran Jepun pada 12 Februari 2019 bagi membuka tawaran pekerjaan, mencari kakitangan dan bakal wartawan.

Baca lain  Episod berulang setiap tahun

Kali ini betul-betul menjadi pengakhiran kepada pembentukan dan penubuhan akhbar ini.

Secara muktamadnya, ia ditubuhkan untuk bergandingan dengan akhbar bahasa Inggeris yang bertukar tangan pada 28 Oktober 2018.

Bermula perjalanan kami di sini.

Macam-macam yang kami rasa.

Pada 19 Februari 2019, kakitangan terpaksa keluar dari pejabat lama dan menumpang di pejabat kecil yang menempatkan ejen berita televisyen nasional.

Tiga organisasi berhimpit di satu ruang pejabat kecil.

Tidak semua yang saya dapat kongsikan di sini.

Ada banyak lagi yang terlalu sulit yang sebahagiannya menjadi rahsia terbuka tetapi peristiwa ini memberi saya pengajaran bahawa dalam apaapa pekerjaan, kita harus percaya kepada ikhlas dan rezeki.

Kami kini berjaya melahirkan ramai wartawan muda yang ada antaranya sudah menyertai organisasi lebih besar, berpuluhpuluh senarai pemburu pekerjaan ada di e-mel selain saya percaya, muncul sebagai akhbar berbahasa Melayu dengan kandungan serta paparan segar, penuh energi dan berjiwa muda.

Biarpun bersalin dengan banyak kompilasi dan komplikasi, namun kelahiran harus dibanggakan susulan akhbar lain di seluruh dunia menutup operasi, sehingga hari ini kami masih dan cuba terus bertahan.

Saya berbangga sekurangkurangnya 10 tahun lagi, apabila anak-anak muda muncul menggantikan kami — nama saya tetap terpahat dalam sejarah penubuhannya. Selamat hari jadi kelima Suara Sarawak, bukan sekadar akhbar namun menjadi peneman hari pembacanya!

BERITA LAIN

Langit terbuka

MELETUSNYA Semeru di Jawa Timur dua hari lepas melimpahkan lahar sejuk di persekitaran, membawa hujan dan banjir sekitar Lembangan Sungai Regoyo. Pemindahan melibatkan 32 keluarga sekadar

Kenangan raya terkurung, terkejut

JIKA ditanya mengenai tempoh paling menyeronokkan menyambut Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti kebanyakan kita akan memilih zaman kanak-kanak. Apa tidaknya, ketika itu kita tidak perlu

Raya terakhir kami?

SEMALAM ibu sahabat saya pergi di depan mata. Saya di sana, saya melihat bagaimana anaknya cuba menyelamatkan ibu mereka hingga ke titik terakhir. Namun, apabila

Obesiti selepas raya

PASTI ada yang kembali buncit pada hari raya kesembilan (hari ini), malah ada yang lebih besar kebuncitannya. Ia berpunca daripada pengambilan makanan berlebihan sejak raya

Jangka hayat, kematian semakin dekat

ADAKAH anda bersedia untuk mati? Adakah anda bersedia untuk meninggalkan legasi? Sekurang-kurangnya mendidik atau mempersiapkan pengganti untuk syarikat, pertubuhan dan sebagainya, termasuk dalam urusan pentadbiran.

Rayakan sebulan

HARI ini hari ketujuh kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sik berasa, terutama bagi golongan muda. “Lom puas beraya, dah mula bersekolah.” Antara dialog yang kita

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,