ARTIKEL

Muhammad Erry Hidayat

Dua tahun tidak beraya bersama keluarga, pengorbanan Muhammad Erry demi negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Selepas dua tahun berturut-turut beraya tanpa keluarga demi menggalas cabaran negara di Sukan SEA, jaguh angkat berat, Muhammad Erry Hidayat, kali ini berpeluang menyambut Aidilfitri bersama insan tersayang.

Atlet berusia 24 tahun itu berkata, pada 2022, beliau tidak berkesempatan beraya bersama keluarga kerana menjalani latihan di Pahang bagi persiapan Sukan SEA Hanoi 2021.

Katanya, pengorbanan itu membuahkan hasil apabila beliau menghadiahkan pingat gangsa sekali gus mencipta rekod baharu kebangsaan kategori 73kg acara ’snatch’ dan ’clean and jerk’ dengan mengangkat bebanan 316 kg pada Mei 2022.

“Memang seronok ketika itu, tak raya pun tak apa, balik Malaysia saya buat rumah terbuka, panggil kawan-kawan datang rumah meraikannya,” katanya kepada BERNAMA.

Sukan SEA Hanoi 2021 berlangsung dari 12 hingga 23 Mei 2022 selepas dijadualkan semula ekoran penularan pandemik COVID-19.

Pada tahun lepas, Muhammad Erry juga tidak berkesempatan beraya bersama keluarga bagi memikul cabaran negara di Sukan SEA Kemboja.

Bagaimanapun, katanya, beliau mengalami kecederaan pada pinggang sehari sebelum berlepas ke Kemboja sehingga terpaksa melupakan hasrat beraksi di temasya dwitahunan itu.

“Masa itu memang sedih, sudahlah tidak beraya sebab berlatih di Surabaya, Indonesia, tak dapat beraksi pula, saya rasa pengorbanan saya tak beraya seperti sia-sia sahaja,” katanya.

Muhammad Erry, yang juga anak kepada bekas jaguh angkat berat negara, Hidayat Hamidun, berazam menebus kekecewaan pada temasya Sukan SEA di Bangkok, tahun depan. – BERNAMA

BERITA LAIN

Lariwoo Vet FC pertahan gelaran juara

SEBUYAU: Kehebatan pasukan Lariwoo Vet FC nyata sukar ditandingi apabila berjaya merangkul gelaran juara dalam Kejohanan Bola Sepak Veteran Terbuka Kampung Sebangan 2024, Piala Ahli

BERITA TERBARU

Keterangkuman sosial POSKOM selari dengan PCDS 2030

SIBU: Program Outreach – Santuni Komuniti (POSKOM) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) adalah selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Ahli