ARTIKEL

Kevin Lau (empat kiri) menyerahkan bantuan kerusi roda kepada ahli keluarga kedua-dua individu berkenaan.

Dua warga emas kurang bernasib baik dibantu Jawatankuasa Pembangunan Komuniti SUPP Bawang Assan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Dua warga emas yang kurang bernasib baik di sini telah mendapat perhatian daripada Jawatankuasa Pembangunan Komuniti, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan.

Mereka adalah Pula Ja’ir, 61, dari Nanga Tutus, dan Pawak Gangap, 80, dari Sungai Sebedil, yang merupakan saudara-mara dan kini menetap di Kampung Sentosa, Jalan Salim, di sini.

Kevin (kiri) sedang menguruskan permohonan kedua-dua individu tersebut bagi mendapatkan bantuan daripada JKMS.

Ketua pasukan jawatankuasa tersebut, Kaunselor Kevin Lau Kor Jie, berkata kedua-dua mereka kini uzur dan amat memerlukan bantuan kerusi roda untuk bergerak.

“Kehadiran kami ke kediaman mereka di Kampung Sentosa bersama Temenggong Stanley Gramong semalam (28 Mei) adalah untuk membantu mereka, memandangkan mereka dari kawasan DUN Bawang Assan.

“Kami tidak hanya menyerahkan bantuan kerusi roda tetapi membantu mereka memohon bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) untuk bantuan jangka panjang mereka,” katanya.

Lau berharap kerusi roda itu akan membantu pergerakan mereka ke hospital.

Sementara itu, Lau dalam lawatannya itu turut menyerahkan borang permohonan bantuan berkenaan kepada keluarga mereka.

Menurutnya, kedua-duanya kini perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Sibu untuk mengesahkan mereka layak menerima bantuan kewangan itu.

Dengan pengesahan daripada doktor, baharulah mereka dapat menyerahkan borang tersebut kepada JKMS sebagai sokongan bagi mendapatkan bantuan, ujarnya.

“Pula Ja’ir difahamkan tidak boleh makan dan terpaksa diberi susu melalui tiub. Kedua-dua mereka susah hendak bergerak,” jelas Lau.

Lau berharap dengan adanya bantuan kewangan daripada JKMS itu, urusan harian kedua-dua mereka akan dapat dijalankan dengan lebih mudah lancar.

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

PKR Kelantan wujudkan NGO Anak Muda MADANI

PASIR MAS, Kelantan: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan akan membentuk satu badan bukan kerajaan (NGO) khas yang dikenali sebagai Anak Muda MADANI bagi menyantuni golongan

BERITA TERBARU

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit