ARTIKEL

Dua warga Indonesia ditahan jadi operator judi dalam talian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki dan wanita warganegara Indonesia ditahan kerana bekerja sebagai operator pengendalian kegiatan perjudian dalam talian.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata kedua-dua suspek berusia 19 dan 25 tahun itu ditahan dalam serbuan Op Dadu yang dijalankan kira-kira jam 5.10 petang semalam ke atas sebuah rumah dua tingkat di Jalan Stampin Tengah di sini, yang dijadikan sebagai pusat operasi dan pengurusan perjudian dalam talian.

“Kedua-dua warganegara Indonesia yang ditahan itu merupakan pekerja yang mengendalikan pusat perjudian berkenaan sejak dua bulan lepas dengan bayaran sebanyak RM1,500 sebulan.

“Setiap mereka juga akan dibayar bonus berdasarkan peratusan keuntungan yang diperolehi sindiket,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata sindiket mempromosikan perjudian dalam talian menggunakan aplikasi laman sosial seperti Whatsap, Telegram, Wechat, Skype dan Facebook.

“Siasatan awal mendapati pusat berkenaan yang beroperasi sejak dua bulan lepas telah memperoleh keuntungan kasar sebanyak RM1,500 sehari dengan jumlah keseluruhan keuntungan mencecah RM90,000.

Justeru, Ahsmon berkata polis kini sedang mengesan pemilik rumah berkenaan.

Beliau menambah pasukan serbuan turut merampas dua unit monitor komputer, dua unit pemprosesan komputer (CPU) serta peralatan-peralatan lain yang digunakan untuk menjalankan kegiatan itu.

Ahsmon berkata kedua-dua warga Indonesia terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka yang boleh membawa hukuman denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM50,000 serta penjara tidak melebihi tiga tahun.

BERITA LAIN

Impian enam tahun tercapai, terima kasih Datuk Ding !

BINTANGOR: Impian enam tahun seorang remaja perempuan untuk mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan akhirnya kesampaian apabila permohoban itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Permohonan remaja

BERITA TERBARU

Impian enam tahun tercapai, terima kasih Datuk Ding !

BINTANGOR: Impian enam tahun seorang remaja perempuan untuk mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan akhirnya kesampaian apabila permohoban itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Permohonan remaja