ARTIKEL

Dua warga Indonesia seludup migran ke Malaysia, dihukum penjara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Dua lelaki warga Indonesia masing-masing dikenakan hukuman penjara oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, atas kesalahan mengangkut migran dari negaranya diseludup masuk ke Malaysia, April tahun lalu.

Aprizal Suherman, 29, dan Joko Minto, 39, masing-masing mengaku bersalah atas pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang dibacakan di hadapan Hakim Alexander Siew How Wai.

Mengikut pertuduhan, Aprizal didakwa mengangkut empat migran lelaki dan seorang migran wanita dari Indonesia masuk ke Malaysia menggunakan sebuah kenderaan serba guna (MPV) jenis Toyota Avanza ketika ditahan di Kaunter Pemeriksaan Keluar ICQS Biawak, Kampung Biawak, sekitar jam 7.02 pagi, 18 April 2023.

Manakala, Joko didakwa mengangkut dua migran wanita masuk ke negara ini menggunakan sebuah kereta sedan jenis Proton Wira di pekarangan sebuah rumah di Kampung Biawak, kira-kira jam 5.05 pagi, 18 April 2023.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara hingga lima tahun dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM250,000 atau kedua-duanya sekali.

Alexander menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap Aprizal, manakala Joko dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan.

Berdasarkan fakta kes, pada hari yang sama dalam kejadian berasingan, kedua-dua tertuduh ditahan dalam Ops Bersepadu kerana dipercayai mengangkut masuk migran ke Malaysia dari Kampung Biawak.

Kedua-dua mereka kemudian ditangkap bersama migran lain selain kenderaan yang digunakan turut dirampas.

Hasil siasatan mendapati Aprizal telah melakukan kesalahan mengangkut lima migran masuk ke Malaysia menggunakan kereta Toyota Avanza.

Manakala, Joko mengangkut dua migran menggunakan kereta Proton Wira.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kong Siew Chuo, manakala Aprizal diwakili Peguam Steven Beti dan Gerald Empaling Donald.

Joko pula tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Lelaki ditemui mati di Kampung Tunku

KUCHING: Seorang lelaki ditemui mati di Kampung Tunku, Jalan Astana, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, polis menerima laporan

Percepat naik taraf klinik kesihatan, sekolah daif

KUCHING: Perbincangan antara Kerajaan Sarawak dengan Putrajaya berkaitan isu pendidikan dan kesihatan di Sarawak belum lagi selesai dan muktamad, namun beberapa perkara sudah diselesaikan. Premier

LEMANG WARISAN

Reduan Ahmad mengambil masa 48 jam, dua hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk membakar lebih 4,000 batang lemang pesanan pelanggan tetapnya. Resipi penghasilan lemang

BERITA TERBARU

Umat Islam puasa Ramadan dua kali pada tahun 2030

Kalendar Hijriah Islam dihitung berdasar putaran bulan, manakala kalendar Gregorian atau Masehi dikira berdasar perjalanan bumi mengelilingi matahari. Justeru, ini menyebabkan umat Muslim berpuasa 36