Trending

Dubai bandar terbaik untuk didiami

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

LONDON: Dubai dinamakan sebagai bandar paling diingini di dunia, untuk didiami bagi warga asing yang ingin berhijrah.

Peta baharu yang dibuat menggunakan data carian Google bagi perkataan pindah ke, yang disusun dari 164 negara sepanjang 12 bulan meletakkan metropolis Teluk itu sebagai destinasi teratas untuk berpindah ke luar negara, mendahului Paris dan Miami, lapor Arab News.

‘Move to Dubai’ ialah entri yang paling dicari dalam carian seumpamanya di 60 negara termasuk AS, UK dan Australia.

Peta itu disusun oleh penyedia perkhidmatan kewangan Remitly, yang menyediakan perkhidmatan terutamanya kepada ekspatriat dan migran.

“Dengan pelbagai peluang pekerjaan, infrastruktur yang semakin berkembang, penjagaan kesihatan dan pendidikan yang cemerlang dan prospek tiada cukai pendapatan, alasan jelas Dubai mendahului senarai,” kata Remitly.

Dengan itu, bandar yang dikenali sebagai ‘Permata Gurun’ menyaksikan populasinya terus meningkat, mencecah 3.6 juta buat kali pertama pada 2023.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru