Trending

DUN bukan tempat promosi parti politik

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Pemuda Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyelar tindakan Parti MUDA Sarawak yang ‘memecah masuk’ bilik media Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk memperkenalkan dan mempromosikan parti mereka.

Ketuanya Miro Simuh menyifatkan perbuatan oleh parti pembangkang itu agak kurang sihat kerana sebelum ini tidak pernah parti politik datang untuk memperkenalkan dan membuat promosi parti politik di bilik berkenaan.

“Bilik ini perlu digunakan untuk mempromosikan serta menceritakan apa yang terjadi di DUN, bukan untuk mempromosikan parti.

“Terdapat banyak lagi platform di luar yang boleh menjemput pihak media bagi membuat liputan untuk memperkenalkan serta mempromosikan parti mereka itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di DUN hari ini, bagi mengulas tindakan Parti Muda Sarawak yang diketuai Presidennya Jeffery Ngui Voon, Rabu lalu yang membuat sidang media dan mempromosikan parti mereka di bilik media DUN Sarawak.

Adun Serembu itu menegaskan bahawa tatatertib ini bukan sahaja terpakai di DUN Sarawak, malah ia juga digunapakai oleh Dewan Parlimen yang mana perbuatan ini dicegah sama sekali.

“Ini peringatan kepada semua parti termasuk kami sendiri (GPS), DAP, PH untuk tidak menggunakan bilik media di DUN dalam membuat publisiti,” ujarnya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru